Jumaat, 8 April 2011




MOTO SEKOLAH


MOTO SEKOLAH   
            

ILMU ITU PENYULUH JALAN HIDUP


LAGU SEKOLAH

Bedisiplin berpelajaran
Bersukan dasar kita
Beramal dan menghormati
Guru dan ibu bapa

Beramal serta berbakti
Pada Negara kita
Kami putera kami puteri
Sekolah Tanjong Dawai

Tanjong Dawai, Tanjong Dawai
Sekolah yang tercinta
Tanjong Dawai, Tanjong Dawai
Sekolah yang tercinta

Ciptaan En Mohd Nadzri bin Ramli

VISI

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai sebagai sekolah yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulm, sahsiah dan IT di kawasan PKG Bujang menjelang tahun 2012.


MISI


Untuk mendokong Visi sekolah, warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai berazam untuk:
  1. Meningkatkan prestasi akademik murid dari segi kualiti dan kuantiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum melalui sikap berdaya saing.
  3. Membina sahsiah pelajar melalui pendekatan agama.
  4. meningkatkan kemahiran IT di kalangan pelajar.

LOGO SEKOLAH


LOGO SEKOLAH



BULAT                        - Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat

OMBAK          - Melambangkan perkampungan nelayan yang hidup bersatu padu dan
                          aman damai

OBOR             - Penyuluh jalan hidup bagi mencapai prestasi cemerlang dalam bidang
  akademik, sahsiah, ko kurikulum dan IT

WARNA

HIJAU             - Melambangkan kebersihan, kesucian dan Islam sebagai
  agama rasmi negara

KUNING         - Keunggulan pendidikan dalam kehidupan dan melambangkan warna
  diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang bertujuan
  ketaatan rakyat tidak berbelah bagi sebagaimana yang termaktub
  di dalam Rukun Negara.

MERAH          - Melambangkan keazaman, kecekalan dan kegigihan seseorang yang
  bergelar pelajar untuk mencari ilmu demi kesejahteraan hidup untuk 
  bangsa dan negara.


                                     
 
MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN

Nama Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai
Alamat Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai
08110 Bedong Kedah
No. Telefon
:
04 – 4573304
No Faksimili
:
04-4573304
Kod Sekolah
:
KBA 3019
Gred Sekolah
:
GRED A
Bil. Staf Akademik
:
 30 Orang
Bil. Staf Sokongan
:
6 Orang
Bil. Blok Sekolah
:
3 blok
Bil. Kelas
:
12 kelas
Bil. Murid
:
385 Orang
Lokasi
:
Dalam Pekan Tanjong Dawai 25km dari Sungai Petani









PUSAT SUMBER SEKOLAHKU

GAMBAR-GAMBAR PSS SK TANJONG DAWAI